Tuesday, September 27, 2011

Product

eAROMA™

eAIR™

eMIND™

eWASH™



eMIND™

Penyelesaian Minda Anda

eMIND™ MC Square

eMIND™ MC Square adalah alat kesihatan berteknologi tinggi yang membantu untuk meningkatkan tahap penumpuan serta merehatkan minda anda bergantung pada pilihan anda. Produk ini direka untuk membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan penumpuan dan membuatkan anda tenang dan boleh digunakan sebagai bantuan pembelajaran.

eMIND™ MC Square adalah alat terdiri daripada peralatan mata yang memindahkan cahaya memancar danpemain bunyi yang memainkan bunyi serasi bergantung pada pemilihan anda. Cahaya dan sistem bunyi revolusi direka untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan memori percakapan, pembelajaran dan perhatian anda.

Ia direka khas secara kukuh, ergonomik dan amat selesa apabila digunakan. Peralatan mata dan pemain bunyi saling melengkapi antara satu sama lain tetapi boleh juga digunakan secara berasingan.

Gelombang-gelombang Otak

Otak manusia memberikan getaran yang berbeza (diukur dengan frekuensi) bergantung pada aktiviti yang berlaku pada otak, dan melalui ketenangan atau keaktifan seseorang itu. Getaran ini dipanggil gelombang otak dan ia seperti cap jari aktiviti di dalam otak.

Gelombang OtakFrekuensiAktiviti
Beta13 – 30 HzTumpuan tinggi & cergas (keadaan sedar biasa).
Keadaan tegang memerlukan perhatian anda yang tinggi.
Alpha8 – 12 HzCergas tetapi tenang.
Minda tenang; fikiran sedar.
Theta4 – 7 HzMengantuk (peringkat awal tidur & berfikir dengan dalam)
Keadaan seperti bermimpi atau fikiran daripada fikiran
separa sedar timbul.
Delta1 – 3 HzTidur nyenyak.
Minda berehat, terpendam.

eMIND™ MC Square menggunakan Perangsang Visual Audio melalui bunyi yang di segerak dan irama ringan untuk mempengaruhi aktiviti otak. Produk ini mempunyai 6 program terbina dalam untuk membantu anda menggunakan aktiviti otak yang anda mahu.

Penyelidikan Bebas

Alat eMIND™ MC Square telah diselidik oleh:

Pakar Neuropsychologi Joseph I. Tracy, Ph.D, associate professor of Neurology and Radiology, Jefferson Medical College of Thomas Jefferson University, and Director, Cognitive Neuroscience and Brain Imaging Laboratory Thomas Jefferson University Hospital, and Michael R. Sperling, MD, Baldwin Keyes Professor & Vice Chairman for Clinical Affairs di Jefferson Medical College, and Director of the Thomas Jefferson Comprehensive Epilepsy Center, Department of Neurology.

Artikel yang diterbitkan pada bulan Ogos dalam Kel. 3, No. 2 isu 2007 Jurnal Antarabangsa Teknologi Pembelajaran, "A test of the efficacy of the MC Square device for improving verbal memory, learning and attention," menerangkan penyelidikan mereka seperti di bawah;

..hipotesis utama adalah selepas latihan dengan MC Square anda akan mendapati ada peningkatan memori lisan, pembelajaran perhubungan, memori kerja dan perhatian/penumpuan. Keputusan menunjukkan peningkatan statistik yang boleh dipercayai terhadap ukuran perhatian/tumpuan, ujian Digit Span Forwards, selepas latihan MC Square tersebut. Data menunjukkan bahawa alat MC Square menyediakan peningkatan sederhana dalam keupayaan untuk memberi fokus, mengurus dan melaporkan maklumat untuk tempoh yang pendek.

Bunyi Alam Semula Jadi

Pemain bunyi eMIND™ MC Square telah diprogramkan dengan bunyi yang menenangkan daripada alam semula jadi. Ia direka untuk menenangkan anda dan untuk mewujudkan atmosfera tenang yang anda mahu.

Berikut adalah beberapa bunyi di dalam alat pemain bunyi eMIND™ MC Square:

BunyiKesan
Deruan ombakBunyi deruan ombak yang tenang, berirama memberikan anda sensasi aman dan tenang. Deruan ombak juga mengingatkan pada salah satu tempat percutian yang tenang dan aman.
Bunyian hutanBurung dan bunyi tiupan angin adalah bunyi merdu yang memberikan anda suasana yang menenangkan dan bebas tekanan.

Ciri-ciri Utama

Ciri-Ciri Utama eMIND™ MC Square:

  • Padat (55mm) dan sangat ringan (24 gram)
  • Selesa untuk disangkutkan di leher
  • Pengendalian sekali sentuhan yang mudah
  • Rekaan elegan dan bergaya

Faedah-faedah Utama

Faedah-faedah utama eMIND™ MC Square:

Ketengangan

Alat eMIND™ MC Square adalah penghilang tekanan yang hebat! Ia telah terbukti secara saintifik untuk mengurangkan banyak tekanan serta membantu anda bertenang dan membolehkan anda menjadi kreatif dalam segala aktiviti yang anda lakukan.
Penumpuan

Dengan memilih program yang sewajarnya, anda boleh mencapai tumpuan tahap tinggi untuk membantu anda fokus terhadap tugasan atau aktiviti yang diberikan. Tahap tumpuan yang dipertingkatkan ini bermaksud bahawa kerja anda dapat diselesaikan dengan pantas dan dengan kesilapan yang minimum. Ia juga berguna untuk pelajar yang membuat
persiapan untuk peperiksaan besar. Alat eMIND™ MC Square adalah bantuan pembelajaran hebat yang menetapkan minda anda untuk memberi tumpuan dengan lebih baik dan meningkatkan pengekalan memori anda.
Tidur Nyenyak

Tidur nyenyak yang aman dan tenang boleh dinikmati dengan menggunakan eMIND™ MC Square hanya apabila anda bersedia untuk tidur. Ia akan membuatkan anda rasa cergas dan cerdas keesokan hari dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja tugasan dan cabaran hari anda.

eAIR™

Kesejahteraan Melalui Udara Yang Bersih

Situasi Masa Kini

Bahan cemar udara di dalam bangunan adalah satu daripada 5 risiko teratas terhadap kesihatan manusia.
-World Health Organization (WHO)
Kecacatan semasa lahir meningkat sehingga 40% - Pihak berkuasa mengaitkan ini kepada peningkatan akibat pencemaran yang semakin teruk.
-National Pollution & Family Planning Commission, China
Bukti saintifik menunjukkan bahawa udara di dalam rumah dan bangunan lain boleh menjadi lebih tercemar daripada udara persekitaran dalam bandar-bandar perindustrian yang terbesar.
-The United States Environment Protection Agency (EPA)

Pencemaran udara boleh menjejaskan kesihatan kita melalui pelbagai cara dengan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang. Kumpulan individu berlainan individu boleh terjejas oleh pencemaran udara dengan cara yang berbeza. Sesetengah individu adalah lebih sensitif kepada bahan pencemar daripada yang lain.

Anak-anak kecil, warga tua dan individu yang menghidapi masalah kesihatan seperti penyakit asma, sakit jantung dan penyakit paru-paru juga akan lebih menderita apabila udaranya tercemar. Sejauh mana seseorang individu itu terjejas oleh pencemaran udara biasanya bergantung kepada tahap pendedahan terhadap kimia merbahaya, yakni tempoh pendedahan dan kepekatan kimia yang mesti diambil kira.

Sebuah Pengion dan Peresap dengan Teknologi Terkini

Pernahkah anda mengunjungi tempat peranginan atas bukit di mana udaranya
adalah segar dan nyaman? Ataupun berkelah di tepi air terjun mencurah di mana
pengambilan udara yang mencergaskan memenuhi anda dengan perasaan yang menyenangkan?

Kini, anda boleh membawa udara segar yang menyihatkan dari luar terus ke dalam rumah anda. Dengan eAIR™, pengion dan peresap 2-dalam-1 yang inovatif. Ia mempunyai teknologi pengionan terbaru yang boleh mengisi ruang persendirian anda dengan ion-ion negatif yang berkesan menyingkirkan bahan-bahan pencemar dan habuk di dalam udara, mengembalikan ketulenan semula jadinya dan memberikan anda udara yang segar dan bersih bagi cara hidup yang menyihatkan.

Sebagai peresap, dengan teknologi Multi-Strata Jetflow Technology™ yang jitu bertindak secara sempurna dengan minyak pati eAROMA™ 100% tulen untuk menghasilkan aromaterapi yang boleh dinikmati oleh anda tidak kira di mana jua atau pada bila-bila masa sahaja.

Cara eAIR™ Berfungsi Untuk Kesihatan Anda

eAIR™ menggunakan teknologi yang dipatenkan yang mencetuskan pengionan apabila tenaga voltan tinggi digunakan pada pelakuran seramik dan aloi logam khas. eAIR™ bukan sahaja direka untuk mematuhi piawai keselamatan antarabangsa, malah ia juga dibina untuk mengekalkan modulasi optimum kuasa pengionan. Apa yang sebenarnya berlaku adalah elektron tenaga tinggi menukar molekul oksigen di dalam udara menjadi atom oksigen yang tidak stabil tetapi
amat reaktif yang disebut "ion negatif".

Ion-ion negatif ini berfungsi dalam beberapa cara untuk membersihkan udara persekitaran anda:

  • ia bertindak balas dengan bahan-bahan pencemar dan alergen dan mengubah bahan-bahan tersebut menjadi hasil sampingan yang tidak memudaratkan seperti karbon dioksida dan air;
  • ia bergabung dengan dinding sel kuman-kuman dan membunuhnya dalam proses tersebut; dan
  • ia mengakibatkan habuk-habuk menggumpal bersama dan jatuh ke tanah.

Dengan menghapuskan bahan-bahan yang memudaratkan seperti ini, kualiti udara kita dikembalikan kepada keadaan asalnya yang tulen dan semula jadi. Dengan menekan satu butang, eAIR™ menghasilkan ion negatif secara berterusan yang diperlukan untuk kualiti udara optimum yang begitu penting untuk kesihatan yang baik.

eAIR™ Mengekalkan Kualiti Udara di Sekeliling Anda

Berdasarkan pencemaran, ruang terhad dan ketegangan kawasan kotaraya dan aktivitinya, kualiti udara yang buruk sekeliling kita. Sistem ekologi kita mempunyai cara semulajadi untuk membersihkan udara tetapi keseimbangan ekologi kita telah terganggu terutamanya dikawasan yang populasi tinggi. Bagaimanapun, teknologi telah menemui cara untuk mengekalkan udara dirumah dan di tempat kerja.

Apa yang anda dapati ialah kesegaran, kebersihan dan udara nyaman yang penting untuk kehidupan sihat.

eAIR™ melimpahi rumah anda dengan aliran ion negatif yang berterusan dimana berhasil menghilangkan pencemaran dan debu diudara. Apa yang anda dapati ialah kesegaran, kebersihan dan udara nyaman yang penting untuk kehidupan sihat. Faedah ion negatif termasuk kebolehan untuk mengurangkan masalah kesihatan seperti resdung, jangkitan dan alahan terhadap penyebaran debu dan agen alahan; menghapuskan asap tembakau, menghilangkan bau tidak menyenangkan dari bekas; mengurangkan keletihan dan membantu memulihkan kepenatan daripada aktiviti fizikal.

Kelebihan Menggunakan eAIR™

Secara keseluruhan, kelebihan eAIR™ kepada kita:

  • Habuk-habuk yang berbahaya disingkirkan dari udara.
  • Semua bakteria,virus, kulapuk dan alergen didalam udara dan yang terdapat di permukaan dimusnahkan.
  • Bau yang tidak menyenangkan di dalam udara dan yang terlekat pada pakaian hasil daripada asap tembakau, makanan yang rosak dan pelarut organik dihapuskan.

eAROMA™

Pati Minyak Yang 100% Tulen, Semulajadi, Organik dan Chemotyped

Apakah Aromaterapi?

Aromaterapi adalah nama moden untuk amalan berabad lamanya dimana pati dari tumbuhan aromatik digunakan untuk kecantikan, awet muda dan kesihatan. Semasa proses penyulingan wap, cecair yang tersejat dari ekstrak yang kompleks dipanggil minyak essential (yang mengandungi 5 hingga 150 bahan aktif) diperolehi.

Aromaterapi sangat mujarab kerana ia berfungsi pada deria bau kita di mana ianya berkait dengan kesihatan, memori, emosi dan sensualiti. Minyak essential ini boleh digunakan dengan tujuan untuk melahirkan emosi dan suasana dimana ianya akan menaikkan emosi dan perasaan kita dan dapat menghasilkan penyembuhan holistik dengan hubungan nyata diantara minda, tubuh dan jiwa.

Mengapa eAROMA™ Berbeza?

Semulajadi adalah terbaik

  • 100% minyak essential tulen dan semulajadi
  • 100% diperakui organik
  • 100% chemotyped

Dengan pati minyak essential eAROMA™, anda akan mendapat minyak essential yang paling tulen dan selamat. Minyak essential kami adalah terjamin kualitinya dan diperakui organik, dimana pakar terapi percaya ianya mempunyai kuasa menyembuh dan tenaga hidup yang lebih tinggi berbanding minyak essential yang bukan organik.

Minyak Essential Chemotyped Dari Pakar Saintifik Aromaterapi

eAROMA™ dicipta hasil usahasama dengan rakan kongsi kami dari Belgium, salah satu pakar aromaterapi saintifik terkemuka di dunia. Dengan menggunakan pendekatan saintifik, kami berjaya menghasilkan 100% minyak essential chemotyped asli dan semulajadi, menjamin ketulenan dan integriti yang konsisten dalam setiap titisan.

Semua minyak essential eAROMA™ mempunyai simbol chemotyped yang diiktiraf oleh pihak antarabangsa, jaminan untuk kualiti yang tinggi dan tulen.

Begitu Tulen, Anda Boleh Menghidunya, Menyapukan Pada Kulit Malahan Meminumnya!

Pati minyak eAROMA™ boleh digunakan dengan 3 cara:

1. Resapan Udara

Anda boleh mencipta suasana yang nyaman, bersesuaian dengan keadaan untuk bekerja, belajar , berehat atau bermain dengan menggunakan eAIR™.

2. Sapuan Pada Kulit

Ia juga boleh digunakan sebagai sapuan pada kulit, untuk melegakan dan melindungi organ tertentu mengikut jenis aroma.

3. Titisan Oral

Beberapa titik (dicampurkan kepada madu atau minyak sayuran) boleh dimakan / minum untuk kesan cepat metabolik badan.

Apakah Chemotyped?

Dengan ringkasnya, chemotyped ini jelas dapat mengenalpasti setiap minyak essential dari sudut pandangan biokimia, membuatkan ianya mustahil untuk dikelirukan dengan sebarang pati minyak yang lain.

Disebabkan oleh keadaan iklim, komposisi tanah, jumlah harian sinar matahari, populasi tumbuhan berhampiran, kehadiran / ketidakhadiran musuh sayuran / haiwan, dan lain-lain, tumbuhan aromatik mampu menghasilkan siri minyak essential yang sangat berbeza dari segi bio-kimia. Memandangkan komposisi minyak essential diwakili oleh serangkai molekul individu (atau sekumpulan molekul) ianya boleh dikategorikan sebagai variasi minyak essential yang dikeluarkan daripada tumbuhan yang sama berdasarkan satu molekul khusus yang ada padanya.

Molekul ini boleh dilihat sebagai 'penanda biokimia, yang kini umumnya diberi nama CHEMOTYPED. Dengan ringkasnya, chemotyped ini jelas dapat mengenalpasti setiap minyak essential dari sudut pandangan biokimia, membuatkan ianya mustahil untuk dikelirukan dengan sebarang pati minyak yang lain.

Keindahan Dunia Tumbuh-Tumbuhan Aromaterapi

Semua tumbuhan aromatik dari eAROMA™ bermula daripada penanaman sehingga pengutipan hasil selaras dengan syarat-syarat piawaian ketat antarabangsa untuk produk-produk organik. eAROMA™ telah disahkan sebagai Produk Pertanian Organik EU (European Union) dengan tanda simbol bersatu dan juga telah diiktirafkan dengan) Sijil Makanan Organik AB Perancis (Agriculture Biologique).

Selanjutnya, dengan menggunakan analisis chemo-type saintifik, kesemua kimia didalam tumbuhan disenaraikan dengan terperinci dan ditandakan untuk memudahkan pengguna menggunakannya berdasarkan perbezaan ciri-ciri setiap minyak.

Bahan-bahan Aktif eAROMA™

eAROMA™ memberikan pelbagai fungsi dan manfaat untuk tubuh anda. Ia mengandungi bahan-bahan aktif yang spesifik sesuai dengan keperluan anda:

Pati Minyakl eAROMA™Bahan Aktif
FIRE

Lavandula hybrida abrialis (Lavender)
Cananga odorata totum (Ylang Ylang)
Citrus Aurantium leaves (Orange Tree Leaves)
Citrus reticulata zest (Mandarine Zests)
Piper nigrum (Black Pepper)
Eucalyptus citriodora (Eucalyptus Lemon)

EARTH

Citrus Limon zest (Lemon Zest)
Citrus Paradisii zest (Grapefruit Zest)
Citrus sinensis zest (Mandarine Zest)
Citrus reticulata zest (Orange Zest)
Zingiber officinale (Ginger)
Mentha Piperita (Peppermint)
Ocimum Basilicum (Basil)

WOOD

Rosmarinus officinale CT verbenone (Rosemary CT Verbanone)
Ocimum Basilicum (Basil)
Mentha Piperita (Peppermint)
Citrus Limon zest (Lemon Zest)
Citrus Sinensis ze (Orange Zest)

WATER

Juniperus communis (Juniper)
Citrus Sinensis zest (Orange Zest)
Picea Mariana (Black Spruce)
Pinus sylvestris (Scots Pine)
Abies balsamea (Fir)

GOLD

Cinnamosma Fragrans (Mandaravasarota)
Melaleuca Cajuputii (Cajeput Tree)
Eucalyptus Radiata (Eucalyptus)
Abies Balsamea (Fir)

NOSY DAYS

Cinnamosma Fragrans (Mandaravasarota)
Melaleuca Cajuputii (Cajeput Tree)
Citrus Limonum zest Lemon Zest)
Cinnamomum Cassia (Chinese Cinnamon Tree)
Eucalyptus Radiata (Eucalyptus)
Mentha Piperita (Peppermint)

SENSUAL DELIGHTS

Cananga Odorata totum (Ylang Ylang)
Citrus Sinensis zest (Orange Zest)
Aniba Rosaeodora (Rosewood)
Cymbopogon martini (Palmarosa)
Zingiber officinale (Ginger)
Cinnamomum Cassia (Chinese Cinnamon Tree)

DREAMZ

Lavandula hybrida abrialis (Lavender)
Cymbopogon Flexuosus (Lemongrass)
Origanum Majorana (Sweet Majoram)
Citrus Reticulata (Mandarin Zest)
Chamamelum nobile (Roman Chamomile)

eDROPS™

Pati Air Organic Penting (VOW)

Rahsia Kesihatan Badan Kita Adalah Daripada Air Yang Kita Minum

Antara semua keperluan hidup yang kita ambil, air adalah keperluan yang paling penting kerana 60% sehingga 70% dari cecair dalam tubuh kita terdiri dari air. Dianggarkan 80% darah dan 90% sel organik dalam badan kita berasaskan air.

Oleh itu, adalah penting untuk kita menyedari bahawa kesihatan kita dipengaruhi oleh air yang kita minum. Namun begitu, terdapat pelbagai jenis dan kualiti air. Sesetengah jenis air tersebut mungkin merbahaya dan sesetengah jenis yang lain adalah berfaedah untuk kesihatan kita, dan membantu fungsi badan kita.

Tahukah anda?
Minum air yang baik kualitinya boleh menjadi ubat yang terbaik untuk kesihatan kita.

Air Biasa Berbanding eDROPS™

Air biasa mudah di-ionkan dan berubah secara kimiaoleh persekitaran (melalui pengoksidaan, penguraian, pereputan, pembiakan bakteria dan pencemaran oleh bahan merbahaya).


Sebaliknya, garam ferik/ferus di dalam eDROPS™mempunyai banyak manfaat. Ia bertindak sebagai penyahoksidaan, perencat penguraian dan pereputan, perencat bakteria dan memiliki kebolehan untuk meneutralkan bahan kimia berbahaya dan memperbaiki persekitaran dalaman badan.

Percaya atau Tidak?

Akuarium Ajaib

Di mana ikan laut dan ikan air tawar dapat hidup bersama!

Hanya eDROPS™ dapat mewujudkan keadaan sekeliling yang istimewa yang membolehkan kedua-dua ikan laut dan ikan air tawar dapat hidup bersama dengan selesa. Lawat bilik pameran kami untuk melihatnya sendiri!

Apakah Ia Untuk Anda?

eDROPS™ adalah untuk SETIAP ORANG yang ingin mencapai dan mengekalkan badan yang lebih sihat, memperbaiki kesihatan secara menyeluruh, dan disyorkan untuk mereka yang mengamalkan cara hidup yang pantas.

Apakah Sebarang Kesan Sampingan?

eDROPS™ bukanlah sejenis ubat. Oleh yang demikian, ia tidak memberikan sebarang kesan sampingan. Malahan jika diambil pada dos yang lebih banyak daripada yang disyorkan, ia tetap selamat dan tidak berbahaya.

EzOUT™

Pengurusan Total Kolon Anda

Telah Mencuba Banyak Jadam dan Ubat, Tetapi Masih Bermasalah?

EzOUT™ Minuman Berserat Tinggi
Oligosakarida dan Campuran Fiber Serat Buah-Buahan dengan Spirulina

EzOUT™ bukan ubat • EzOUT™ bukan jadam • EzOUT™ adalah 100% semula jadi
Untuk memberi keselesaan pada perut. Pengambilan setiap hari boleh melegakan sembelit dan memberikan banyak faedah.

Masalah 'Biasa'

Jika anda makan sesuatu pada hari Isnin dan mengumuhkannya pada hari Khamis atau selepas seminggu, anda menghidapi Sembelit Kronik. Kelewatan pembuangan najis menyebabkannya membusuk, reput dan menapai dalam usus. Akibatnya, racun dihasilkan dan membawa impak negatif kepada kesihatan.

Sembelit telah menjadi penyakit pencernaan yang biasa dihadapi oleh masyarakat moden. Meskipun ia mempengaruhi berjuta-juta orang, sembelit dianggap masalah biasa dan kesannya dipandang ringan.

Penyelesaian

Serat pemakanan dan Laktobasilus Bifidus (bifidobakteria) penting untuk persekitaran dalaman salur gastrousus yang sihat dan seimbang. Gaya hidup, makanan kita, tekanan, reaksi ubat-ubatan dan faktor genetik adalah punca-punca Sembelit Kronik.

EzOUT™ yang 100% semula jadi memelihara sistem pencernaan dengan menggalakkan pergerakan usus setiap hari agar ia berfungsi dengan lebih efisien. Dengan sistem pencernaan yang seimbang, anda bukan sahaja bertambah cergas, emosi lebih stabil dan daya mental lebih tajam, malah ukuran pinggang juga menyusut.

Cara Bertindak

EzOUT™ mengandungi campuran ramuan-ramuan asli yang membantu menyingkirkan toksin dan najis keras yang melekat pada dinding usus. Ramuan-ramuan ini juga menggalakkan pertumbuhan Vilus dan Mikrovilus yang memelihara kesihatan pencernaan, penyerapan dan asimilasi nutrien.

Prebiotik dalam EzOUT™ menggalakkan pertumbuhan mikroflora (bakteria baik) yang berfaedah untuk usus, terutamanya Bifidus dalam usus agar sistem pencernaan boleh berfungsi secara semulajadi dan efisien semasa proses pembersihan dan pemulihan.

Apabila kolon sihat, hepar mudah mengumuhkan toksin. Ini seterusnya menulenkan darah dalam badan. Bifidus memperbaiki rembesan enzim aktif untuk meningkatkan kecekapan usus menyerap nutrien. Vitamin-vitamin seperti Vitamin B Kompleks disintesiskan dan kadar penyerapan mineral (untuk pemulihan) dipertingkatkan. Sistem imun bertambah kuat untuk menentang pelbagai jenis penyakit dan seterusnya meningkatkan paras kesihatan.

Ramuan Aktif Dalam EzOUT™

Spirulina

Mengandungi kombinasi nutrien penting yang lebih unggul daripada kombinasi nutrien dalam bijian, herba dan makanan biasa.


Ia menawarkan 60% protein minyak sayur, vitamin-vitamin penting dan fitonutrien seperti antioksidan Beta Karotena, asid lemak GLA, Sulfolipid, Glikolipid dan Polisakarida.

Oligosakarida

Prebiotik merangsang pertumbuhan Bakteria Baik dalam 6 saat dan menggandakan populasinya sebanyak 100 kali dalam tempoh 2 minggu. Bifidus membantu menghasilkan Asid Laktik dan Asetik yang mengubah pH kolon kepada 4.2 di samping meneutralkan bakteria buruk dan radikal bebas. Antara faedah-faedah Probiotik yang dilaporkan ialah keupayaannya meringankan masalah sembelit, menyekat cirit-birit dan meningkatkan penyerapan kalsium.

Serat Boleh Larut & Tidak Larut Yang Seimbang

  • Meneutral dan menyingkirkan toksin dan mukus yang berlebihan serta membersihkan kolon dan salur gastrousus.
  • Membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lancar dan optimum.

Petunjuk Penggunaan

Minum 1 uncang sebelum tidur. Campurkan EzOUT™ dengan 150ml air dalam gelas plastik. Goncang secukupnya dan minum segera. Oleh sebab EzOUT™ bukan jadam, ia akan mengambil lebih kurang 8 jam untuk bertindak. Untuk sembelit teruk, minum 1 uncang lagi sebelum bersarapan. Minum banyak air sepanjang hari.

Amalkan setiap hari selama 2-3 bulan untuk mencapai kesihatan gastrousus yang optimum. Selepas itu, anda boleh memilih untuk mengamalkannya sebagai suplemen harian atau mengambil 3-4 uncang seminggu untuk mengekalkan kesihatan atau mengamalkannya selama 2 minggu berturut-turut dalam setiap 3 bulan untuk menyahtoksikkan badan.

-:My Personality:-

 

Copyright 2010 All Rights Reserved DevilM@yCry by ナスルン