Tuesday, September 27, 2011

EzOUT™

Pengurusan Total Kolon Anda

Telah Mencuba Banyak Jadam dan Ubat, Tetapi Masih Bermasalah?

EzOUT™ Minuman Berserat Tinggi
Oligosakarida dan Campuran Fiber Serat Buah-Buahan dengan Spirulina

EzOUT™ bukan ubat • EzOUT™ bukan jadam • EzOUT™ adalah 100% semula jadi
Untuk memberi keselesaan pada perut. Pengambilan setiap hari boleh melegakan sembelit dan memberikan banyak faedah.

Masalah 'Biasa'

Jika anda makan sesuatu pada hari Isnin dan mengumuhkannya pada hari Khamis atau selepas seminggu, anda menghidapi Sembelit Kronik. Kelewatan pembuangan najis menyebabkannya membusuk, reput dan menapai dalam usus. Akibatnya, racun dihasilkan dan membawa impak negatif kepada kesihatan.

Sembelit telah menjadi penyakit pencernaan yang biasa dihadapi oleh masyarakat moden. Meskipun ia mempengaruhi berjuta-juta orang, sembelit dianggap masalah biasa dan kesannya dipandang ringan.

Penyelesaian

Serat pemakanan dan Laktobasilus Bifidus (bifidobakteria) penting untuk persekitaran dalaman salur gastrousus yang sihat dan seimbang. Gaya hidup, makanan kita, tekanan, reaksi ubat-ubatan dan faktor genetik adalah punca-punca Sembelit Kronik.

EzOUT™ yang 100% semula jadi memelihara sistem pencernaan dengan menggalakkan pergerakan usus setiap hari agar ia berfungsi dengan lebih efisien. Dengan sistem pencernaan yang seimbang, anda bukan sahaja bertambah cergas, emosi lebih stabil dan daya mental lebih tajam, malah ukuran pinggang juga menyusut.

Cara Bertindak

EzOUT™ mengandungi campuran ramuan-ramuan asli yang membantu menyingkirkan toksin dan najis keras yang melekat pada dinding usus. Ramuan-ramuan ini juga menggalakkan pertumbuhan Vilus dan Mikrovilus yang memelihara kesihatan pencernaan, penyerapan dan asimilasi nutrien.

Prebiotik dalam EzOUT™ menggalakkan pertumbuhan mikroflora (bakteria baik) yang berfaedah untuk usus, terutamanya Bifidus dalam usus agar sistem pencernaan boleh berfungsi secara semulajadi dan efisien semasa proses pembersihan dan pemulihan.

Apabila kolon sihat, hepar mudah mengumuhkan toksin. Ini seterusnya menulenkan darah dalam badan. Bifidus memperbaiki rembesan enzim aktif untuk meningkatkan kecekapan usus menyerap nutrien. Vitamin-vitamin seperti Vitamin B Kompleks disintesiskan dan kadar penyerapan mineral (untuk pemulihan) dipertingkatkan. Sistem imun bertambah kuat untuk menentang pelbagai jenis penyakit dan seterusnya meningkatkan paras kesihatan.

Ramuan Aktif Dalam EzOUT™

Spirulina

Mengandungi kombinasi nutrien penting yang lebih unggul daripada kombinasi nutrien dalam bijian, herba dan makanan biasa.


Ia menawarkan 60% protein minyak sayur, vitamin-vitamin penting dan fitonutrien seperti antioksidan Beta Karotena, asid lemak GLA, Sulfolipid, Glikolipid dan Polisakarida.

Oligosakarida

Prebiotik merangsang pertumbuhan Bakteria Baik dalam 6 saat dan menggandakan populasinya sebanyak 100 kali dalam tempoh 2 minggu. Bifidus membantu menghasilkan Asid Laktik dan Asetik yang mengubah pH kolon kepada 4.2 di samping meneutralkan bakteria buruk dan radikal bebas. Antara faedah-faedah Probiotik yang dilaporkan ialah keupayaannya meringankan masalah sembelit, menyekat cirit-birit dan meningkatkan penyerapan kalsium.

Serat Boleh Larut & Tidak Larut Yang Seimbang

  • Meneutral dan menyingkirkan toksin dan mukus yang berlebihan serta membersihkan kolon dan salur gastrousus.
  • Membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lancar dan optimum.

Petunjuk Penggunaan

Minum 1 uncang sebelum tidur. Campurkan EzOUT™ dengan 150ml air dalam gelas plastik. Goncang secukupnya dan minum segera. Oleh sebab EzOUT™ bukan jadam, ia akan mengambil lebih kurang 8 jam untuk bertindak. Untuk sembelit teruk, minum 1 uncang lagi sebelum bersarapan. Minum banyak air sepanjang hari.

Amalkan setiap hari selama 2-3 bulan untuk mencapai kesihatan gastrousus yang optimum. Selepas itu, anda boleh memilih untuk mengamalkannya sebagai suplemen harian atau mengambil 3-4 uncang seminggu untuk mengekalkan kesihatan atau mengamalkannya selama 2 minggu berturut-turut dalam setiap 3 bulan untuk menyahtoksikkan badan.

No comments:

Post a Comment

-:My Personality:-

 

Copyright 2010 All Rights Reserved DevilM@yCry by ナスルン