Tuesday, September 27, 2011

eAIR™

Kesejahteraan Melalui Udara Yang Bersih

Situasi Masa Kini

Bahan cemar udara di dalam bangunan adalah satu daripada 5 risiko teratas terhadap kesihatan manusia.
-World Health Organization (WHO)
Kecacatan semasa lahir meningkat sehingga 40% - Pihak berkuasa mengaitkan ini kepada peningkatan akibat pencemaran yang semakin teruk.
-National Pollution & Family Planning Commission, China
Bukti saintifik menunjukkan bahawa udara di dalam rumah dan bangunan lain boleh menjadi lebih tercemar daripada udara persekitaran dalam bandar-bandar perindustrian yang terbesar.
-The United States Environment Protection Agency (EPA)

Pencemaran udara boleh menjejaskan kesihatan kita melalui pelbagai cara dengan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang. Kumpulan individu berlainan individu boleh terjejas oleh pencemaran udara dengan cara yang berbeza. Sesetengah individu adalah lebih sensitif kepada bahan pencemar daripada yang lain.

Anak-anak kecil, warga tua dan individu yang menghidapi masalah kesihatan seperti penyakit asma, sakit jantung dan penyakit paru-paru juga akan lebih menderita apabila udaranya tercemar. Sejauh mana seseorang individu itu terjejas oleh pencemaran udara biasanya bergantung kepada tahap pendedahan terhadap kimia merbahaya, yakni tempoh pendedahan dan kepekatan kimia yang mesti diambil kira.

Sebuah Pengion dan Peresap dengan Teknologi Terkini

Pernahkah anda mengunjungi tempat peranginan atas bukit di mana udaranya
adalah segar dan nyaman? Ataupun berkelah di tepi air terjun mencurah di mana
pengambilan udara yang mencergaskan memenuhi anda dengan perasaan yang menyenangkan?

Kini, anda boleh membawa udara segar yang menyihatkan dari luar terus ke dalam rumah anda. Dengan eAIR™, pengion dan peresap 2-dalam-1 yang inovatif. Ia mempunyai teknologi pengionan terbaru yang boleh mengisi ruang persendirian anda dengan ion-ion negatif yang berkesan menyingkirkan bahan-bahan pencemar dan habuk di dalam udara, mengembalikan ketulenan semula jadinya dan memberikan anda udara yang segar dan bersih bagi cara hidup yang menyihatkan.

Sebagai peresap, dengan teknologi Multi-Strata Jetflow Technology™ yang jitu bertindak secara sempurna dengan minyak pati eAROMA™ 100% tulen untuk menghasilkan aromaterapi yang boleh dinikmati oleh anda tidak kira di mana jua atau pada bila-bila masa sahaja.

Cara eAIR™ Berfungsi Untuk Kesihatan Anda

eAIR™ menggunakan teknologi yang dipatenkan yang mencetuskan pengionan apabila tenaga voltan tinggi digunakan pada pelakuran seramik dan aloi logam khas. eAIR™ bukan sahaja direka untuk mematuhi piawai keselamatan antarabangsa, malah ia juga dibina untuk mengekalkan modulasi optimum kuasa pengionan. Apa yang sebenarnya berlaku adalah elektron tenaga tinggi menukar molekul oksigen di dalam udara menjadi atom oksigen yang tidak stabil tetapi
amat reaktif yang disebut "ion negatif".

Ion-ion negatif ini berfungsi dalam beberapa cara untuk membersihkan udara persekitaran anda:

  • ia bertindak balas dengan bahan-bahan pencemar dan alergen dan mengubah bahan-bahan tersebut menjadi hasil sampingan yang tidak memudaratkan seperti karbon dioksida dan air;
  • ia bergabung dengan dinding sel kuman-kuman dan membunuhnya dalam proses tersebut; dan
  • ia mengakibatkan habuk-habuk menggumpal bersama dan jatuh ke tanah.

Dengan menghapuskan bahan-bahan yang memudaratkan seperti ini, kualiti udara kita dikembalikan kepada keadaan asalnya yang tulen dan semula jadi. Dengan menekan satu butang, eAIR™ menghasilkan ion negatif secara berterusan yang diperlukan untuk kualiti udara optimum yang begitu penting untuk kesihatan yang baik.

eAIR™ Mengekalkan Kualiti Udara di Sekeliling Anda

Berdasarkan pencemaran, ruang terhad dan ketegangan kawasan kotaraya dan aktivitinya, kualiti udara yang buruk sekeliling kita. Sistem ekologi kita mempunyai cara semulajadi untuk membersihkan udara tetapi keseimbangan ekologi kita telah terganggu terutamanya dikawasan yang populasi tinggi. Bagaimanapun, teknologi telah menemui cara untuk mengekalkan udara dirumah dan di tempat kerja.

Apa yang anda dapati ialah kesegaran, kebersihan dan udara nyaman yang penting untuk kehidupan sihat.

eAIR™ melimpahi rumah anda dengan aliran ion negatif yang berterusan dimana berhasil menghilangkan pencemaran dan debu diudara. Apa yang anda dapati ialah kesegaran, kebersihan dan udara nyaman yang penting untuk kehidupan sihat. Faedah ion negatif termasuk kebolehan untuk mengurangkan masalah kesihatan seperti resdung, jangkitan dan alahan terhadap penyebaran debu dan agen alahan; menghapuskan asap tembakau, menghilangkan bau tidak menyenangkan dari bekas; mengurangkan keletihan dan membantu memulihkan kepenatan daripada aktiviti fizikal.

Kelebihan Menggunakan eAIR™

Secara keseluruhan, kelebihan eAIR™ kepada kita:

  • Habuk-habuk yang berbahaya disingkirkan dari udara.
  • Semua bakteria,virus, kulapuk dan alergen didalam udara dan yang terdapat di permukaan dimusnahkan.
  • Bau yang tidak menyenangkan di dalam udara dan yang terlekat pada pakaian hasil daripada asap tembakau, makanan yang rosak dan pelarut organik dihapuskan.

No comments:

Post a Comment

-:My Personality:-

 

Copyright 2010 All Rights Reserved DevilM@yCry by ナスルン