Tuesday, September 27, 2011

eDROPS™

Pati Air Organic Penting (VOW)

Rahsia Kesihatan Badan Kita Adalah Daripada Air Yang Kita Minum

Antara semua keperluan hidup yang kita ambil, air adalah keperluan yang paling penting kerana 60% sehingga 70% dari cecair dalam tubuh kita terdiri dari air. Dianggarkan 80% darah dan 90% sel organik dalam badan kita berasaskan air.

Oleh itu, adalah penting untuk kita menyedari bahawa kesihatan kita dipengaruhi oleh air yang kita minum. Namun begitu, terdapat pelbagai jenis dan kualiti air. Sesetengah jenis air tersebut mungkin merbahaya dan sesetengah jenis yang lain adalah berfaedah untuk kesihatan kita, dan membantu fungsi badan kita.

Tahukah anda?
Minum air yang baik kualitinya boleh menjadi ubat yang terbaik untuk kesihatan kita.

Air Biasa Berbanding eDROPS™

Air biasa mudah di-ionkan dan berubah secara kimiaoleh persekitaran (melalui pengoksidaan, penguraian, pereputan, pembiakan bakteria dan pencemaran oleh bahan merbahaya).


Sebaliknya, garam ferik/ferus di dalam eDROPS™mempunyai banyak manfaat. Ia bertindak sebagai penyahoksidaan, perencat penguraian dan pereputan, perencat bakteria dan memiliki kebolehan untuk meneutralkan bahan kimia berbahaya dan memperbaiki persekitaran dalaman badan.

Percaya atau Tidak?

Akuarium Ajaib

Di mana ikan laut dan ikan air tawar dapat hidup bersama!

Hanya eDROPS™ dapat mewujudkan keadaan sekeliling yang istimewa yang membolehkan kedua-dua ikan laut dan ikan air tawar dapat hidup bersama dengan selesa. Lawat bilik pameran kami untuk melihatnya sendiri!

Apakah Ia Untuk Anda?

eDROPS™ adalah untuk SETIAP ORANG yang ingin mencapai dan mengekalkan badan yang lebih sihat, memperbaiki kesihatan secara menyeluruh, dan disyorkan untuk mereka yang mengamalkan cara hidup yang pantas.

Apakah Sebarang Kesan Sampingan?

eDROPS™ bukanlah sejenis ubat. Oleh yang demikian, ia tidak memberikan sebarang kesan sampingan. Malahan jika diambil pada dos yang lebih banyak daripada yang disyorkan, ia tetap selamat dan tidak berbahaya.

No comments:

Post a Comment

-:My Personality:-

 

Copyright 2010 All Rights Reserved DevilM@yCry by ナスルン